Monday, December 19, 2011
Movie OMBAK RINDU
Saturday, December 10, 2011
Picnic di Hulu Yam
Saturday, December 3, 2011
Al-Fatihah untuk Rara Zikry...
Mengikut perkembangan yang diletakan di wall Facebook Contribution for Rara Zikry’s medical expenses (Sumbangan untuk bantuan perubatan Rara Zikry), jenazah Allahyarham dibawa dari rumah ke masjid SS19 Subang Jaya pukul 8 pagi tadi.
Thursday, November 24, 2011
♥ Kenape ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ♥
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Tuesday, November 22, 2011
Wedding Angah II...
Sunday, November 13, 2011
Wedding Angah..
Sunday, October 30, 2011
Rezeki di tempat baru
Saturday, October 29, 2011
Befday Jimy & Adik
Sunday, October 2, 2011
Holiday tak jadi
Kali ni aku nak story pasal hari tak jadi bercuti...ha3..Mule2,Boy ajak aku pergi Bagan Lalang 21 & 22 sept'11 tapi Boy tak jadi cuti sebab butik tempat die kerja renovation..So,die cuti 27 & 28 tapi aku tak boleh cuti 27 tu,aku mintak Boy tukar 28 & 29..Alhamdulilah Boy dapat tukar cuti..Aku ade ajak Niah, Ucop dan Husna sekali..Husna pula segan sangat pastu aku pujuk punye pujuk akhir die nak join juga..
Tarikh 29 Sept'11 aku bangon pukul 8..Kami memang exited nak pergi Bagan Lalang..Maklumlah tak pernah pergi..Lagipun Boy cakap pantai sana memang best...Kami pergi naik kereta ayah Boy..Boy dan Ucop pergi amek aku dengan adik aku dulu..Lepastu kami on the way pulak nak pergi jemput Niah kat Kampung Pandan..Mase on the way tu rupanya kami salah jalan,kami sampai kat Ampang..Kami nak u-turn la..Tibe2 macam ade something berbunyi kat kereta tu,aku tanye Boy,Boy pun cakap tak tau...So,Boy berentikan kereta kat Petronas kat area Ampang tu,bile buka je tempat enjin,berasap2 kereta tu..Memang bau hangit..Hantar la kat bengkel sebelah tengok ape masalah ape..Orang tu ingat Boy ni tak tau ape2 pasal kereta sebab tuan kedai tu suruh overhall je kereta tu tak pun tukar enjin sebiji..Boy ni memang tak percaye,so,Boy buat keputusan nak hantar je kat kedai kawan ayah die kat Kampung Baru..Aku terpakse cakap kat Niah yang kami tak jadi nak pergi Bagan Lalang sebab kereta rosak..
Mase nak on the way pergi Kampung Baru tu memang seksa la sebab keadaan kereta tu memang dah teruk sangat..Jalan je tibe2 berhenti..Berulang2..Alhamdulilah akhirnye sempat gak sampai kat bengkel tu..Lepas repair ingat dah o.k..So,kami nak teruskan perjalanan,sampai je Bukit Mahkota Bangi,kereta tu buat hal lagi tapi kali ni lagi terok..Ade sorang Hamba Allah tolong tapi korang tau la kadar bayaran kalau keadaan highway cas macam mane kan?? Dah kami terpakse bayar la juga..Dapat gak jalan,kami putuskan tak payah pergi Bagan Lalang sebab takut keadaan jadi teruk..Sampai je bengkel,kereta kena tinggalkan kat bengkel..Lepas tu,kami jalan kaki pergi rumah Boy,so,aku gunakan kesempatan ni nak cari barang hantaran sikit..Lepas tu aku pun keluar la dengan Boy..
Aku rase ni ada hikmah dari semua yang terjadi...Mane tak nya,dua kali kami cube pergi Bagan Lang tapi tak jadi..2-3 hari sebelom kami nak pergi Bagan Lalang tu hati aku memang dah tak sedap..Mybe ini petunjuk..Mungkin Allah belum mengizinkan kami pergi.. ;p
Sunday, September 25, 2011
Diya Sanding
Sunday, September 18, 2011
Manusia sombong
Open house LG floor at metro bbp
Tuesday, September 13, 2011
Who is Rara Zikry?
Sedih bila baca kisah Rara ni...aku boleh bayangkan perasaan ibu dan ayah Rara yang mesti susah hati dan sedih tengok anak mereka yang selama ini ceria, jadi terlantar je kat katil dan sakit..
Ada sikit lagi cerita yang buat aku bertambah sebak. Masa Lanie pergi melawat Rara kat hospital, Rara masih koma. Masa Lanie nak balik, ada nurse nak tukarkan baju Rara. So Lanie nak geraklah balik rumah. Mungkin tak kena cara atau nurse bodoh bahlol bingai (bak kata Lanie) ni pergi tukar baju dengan kasarnya, Lanie nampak air mata Rara jatuh masa Lanie jalan balik. Lanie pon sedih tapi just jalan balik je lah. Kau nampak tak betapa hibanya situasi tu? Kawan kau yang koma tu keluarkan air mata masa kau berjalan pulang nak tinggalkan dia kat hospital tu, exactly waktu nurse salinkan baju dia. Bertambah kecewa, esoknya kau dapat tahu siku Rara retak! Rupanya! Dah kau nak syak siapa lagi kalau bukan si nurse yang buat kerja macam bebal tu? Siapa tak marah dan sedih?
1) EDM Lumber Drainage Kit, Qty 1 costing RM900.00 per unit 2) IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit 3)Intrathecal Drug Delivery Package i.e Synchromed Programmable Pump, Two piece catheter kit, Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00 4)IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials /mth costing RM670 per unit http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108784762554993&set=a.108783975888405.10319.108780165888786&type=1 |
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL
al-fatihah
Hari ni 13.9.2011 genap 7 tahun pemergian ayahda ku ke Ramatullah...Arwah menghembus nafas yang terakhir pada 13.9.2004 ketika aku umur 16tahun..Hanya Allah yang tahu keperitan aku tiap kali tibe tarikh yang mengingat kan aku kepada arwah abahku...
Sedekahkan la abahku dengan surah Yassin...Semuga roh arwah aku ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
Al-Fatihah.......
Monday, September 12, 2011
No sex no couple
Hingga ramai yang tercari-cari 'formula' yang betul untuk ber'couple' ini supaya tidak mengundang dosa. Dalam diam langit dan bumi mentertawakan kita kerana cuba melakukan 'matlamat menghalalkan cara' dengan tindakan manusia mencari formula dan solusi tentang persoalan 'couple' ini.
Apakah maksud couple dari segi pengertian bahasa? Mengikut Kamus Inggeris, makna couple ialah:
1. Two items of the same kind; a pair. (sepasang / berpasangan)
2. Something that joins or connects two things together; a link.
3. (used with a sing. or pl. verb)
1. Two people united, as by marriage.
2. Two people together. (penyatuan dua manusia)
4. Informal. A few; several: a couple of days.
5. Physics. A pair of forces of equal magnitude acting in parallel but opposite directions, capable of causing rotation but not translation.
Maka dari segi bahasa, ianya lebih mudah difahami sebagai 'pasangan' dan, di dalam konteks hubungan manusia, ianya lebih tepat jika dimengertikan dengan maksud, penyatuan dua orang manusia. Pasangan ini tidak hanya melibatkan penyatuan dua jenis gender berlainan. Ia juga boleh dikategorikan diantara 2 orang gender yang sama, umpamanya 'Pasangan Regu Badminton' dan lain-lain. Akan tetapi , pada ketika ini, saya hanya ingin memberikan perbincangan yang khusus didalam Perhubungan Antara Dua Gender yang Berbeza iaitu Lelaki + Perempuan.
Setiap manusia memerlukan pasangan mereka masing-masing. 'Soulmate' bak kata orang barat. Pasangan yang harmoni atau secocok adalah impian setiap manusia. Manusia tidak akan mampu untuk hidup bersendirian dengan tenang. "There's No 'One Man's Island'.
Hawa diciptakan Allah sebagai pasangan untuk Adam yang mana dinyatakan Adam merasa sunyi dan melihat didalam syurga makhluk-makhluk yang berpasang-pasangan seperti burung dan lain-lain.
Mengapakah perasaan dan keinginan untuk memiliki 'pasangan' ini wujud? Perasaan ini adalah perasaan normal yg memang dibekalkan kepada semua insan oleh Allah SWT. sepertimana firmanNya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21)
Dan Kami (Allah) jadikan kamu berpasang-pasangan. (An-Naba:8)
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat: 49)Maka, setiap insan ingin disayangi dan menyayangi, memberi perhatian dan diberi perhatian. Ianya adalah 'biological and spiritual needs'. Bila tiba masanya, (tahap baligh) perasaan ini akan terbit dari hati setiap insan.
Keinginan Berpasangan ini pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti menyukai, berahi, menyayangi, menyanjungi, merindui dan lain-lain lagi yang mana semuanya berada dibawah satu banner yang sama yang digelar 'CINTA'.
Semua kategori yang disebutkan tadi, semuanya adalah bersih, suci dan murni, termasuk nafsu berahi dan syahwat. Ianya adalah anugerah Allah sebagai salah satu nikmat syurga yang didekatkanNya untuk para hambaNya didunia ini. Allah adalah Creator and Designer of Love.
Kita telah mempelajari bahawa setiap anugerah itu wajib disyukuri dan dihargai dan dira'ikan sepenuhnya. Maka, untuk mera'ikan perasaan yang dianugerahkan didalam bentuk 'Keinginan Berpasangan' ini, Allah telah memberikan cara yang diredhainya iaitu: NIKAH
Ingin mera'ikan keinginan menyayangi lawan gender, berahikan lawan gender, ingin membelai dan dibelai oleh lawan gender, ingin menonton wayang tetapi ingin ditemani oleh lawan gender, ingin berbual dengan penuh pujuk rayu dan gurau senda dengan lawan gender dan pelbagai lagi, semuanya diberikan cara yang diredhai oleh Allah untuk mera'ikannya iaitu dengan: NIKAH
Selain itu, tujuan utama nikah juga adalah dengan tujuan akan memperkembangkan lagi zuriat manusia yang diharapkan akan terus menjadikan Islam sebagai 'addin' (cara hidup) dan generasi yang mengEsakan Allah SWT.
Maka, berpasangan itu sangat perlu dan sangat-sangat dibenarkan oleh Allah. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri menggalakkan umatnya untuk berpasangan ini seperti sabda Baginda:
“ Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku”(Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)
Apa yang salah dan tidak dibenarkan ialah, mengadakan hubungan umpama suami isteri diluar ikatan pernikahan. Dalam ertikata yang mudah, mempunyai teman lelaki, teman wanita, boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, marka dan sebagainya. Istilah yang tepat ialah Berpacaran.
Sunday, September 11, 2011
Malaysian Boys- Ada Hantu?????
Monday, September 5, 2011
PeRgi BeRaYa
Raye pertama;- Pagi tu aku mintak maaf kat mak aku dengan abang aku...Sempena raye ni aku mintak maaf banyak2 kat mak dengan abang aku...Lepas tu aku nak ikot family Boy pergi Banting...Sebelum raya lagi ayah dah cakap kat aku nak ajak aku pergi raye kat Banting...Alhamdulillah mak aku izinkan aku pergi sebab family aku tak pergi manepun...Dalam pukul 2pm lebih Boy sampai kat rumah aku naik kereta abang Usop(abang sedare Boy dari Serawak)...Boy cakap sedare die dari Banting nak datang KL dulu pastu baru kami gerak pergi Banting pulak...Sampai je kat kat rumah Boy aku tengok Umi, Angah, Kak dayah sibuk masak kat dapur sebab sedare dari Banting nak datang..Aku pun tolong la sikit2 ape yang patut...Dalam pukul 4petang(rase2nye lah) sedare Boy dari Banting sampai satu family...Berape ramai aku tak pasti la tapi bagi aku itu separuh dari keluarge sedare Boy dari Banting...Nasib Kami semua sempat menyediakan ape yang patut...Lepas 2jam,sedare Boy mintak diri nak balik ke Banting..Kini giliran kami akan ke sane..Cume mybe ayah letih,ayah tido sekejap...Along dengan Kak Farah lak nak pergi Kedah kampung Kak Farah...So, kami akan ke Banting tanpa Along dengan Kak Farah..
Lepas Magrib kami pun bertolak ke Banting...Tapi ayah kate nak singgah ke ayah sedare kepada ayah..Kami sampi Banting dalam pukul 8pm lebih...Alhamdulillah jalan dipermudahkan Allah...Lepas kami makan dan berborak ayah pun mintak dari nak pergi ke rumah sedare kami yang lain...Dalam pukul 11pm lebih kami pun sampai ke destinasinye...Angah ajak aku tido dalam bilik so,aku ikot je la...Aku memang penat sangat..Akhirnya semua tertido...Ayah kate dalam pukul 5am nak balik KL sebab esoknya nak pergi Tanjong Karang rumah adik ayah...
Raye kedua;-Aku bangon je tido dah pukul 8am...Dah terlajak tido...semua pun terlajak tido..Kami pun serapan dulu baru balik KL...Sampai je KL dalam pukul 11am kami rest sekejap pastu aku balik umah aku sebab dah janji nak beraye rumah kawan2 aku...Yang join, aku, Boy, Adik aku, Pian dan Niza...Mule2 kami pergi rumah Niza dulu, pastu rumah Pian & akhir sekali rumah aku...Lepak rumah aku tu yang lame sikit...Tahun ni kawan aku tak ramai yang join sebab ade yang dah kahwin...Tak lame lepas tu Neni kol aku suruh aku raye rumah die...Disebabkan rumah die dekat dengan rumah Niza,kami pun pergi rumah Neni...Dah nak magrib kami pun pulang ke rumah..Pada malamnye pulak,Ejat dan kawan die datang beraye rumah aku...Lame juga la die lepak rumah aku...
Dalam pukul 11.30pm Amy(kwn aku kerja farmasi aku dulu) kol aku ajak lepak minum...Lame gak tak jumpe die so,aku ajak Boy skali...Kesian lak Amy datang rumah aku dulu...Kitarg putuskan nak lepak kat A-Malik je sebab kan kedai tak banyak buka lagipun masih raya ke2,so,banyak orang cuti lagi...Aku ajak Niza sekali tapi die letih lak...Kesian kat die...hu3...Dalam pukul 3am ktorg pun balik...
Raye ketiga;-Aku duk rumah je pastu dalam kul 8pm angah kol aku ajak tido umah die sebab Alang pergi Johor kampung kawan dia...
Aku tido umah Boy dalam 2 hari gak la...Boy lak kerja...So,Family Boy berjalan2 aku kena follow sekali la...Siap beraye umah abg Zaid(tunang angah)...Pergi JJ Wangsa Maju...Mse hari Sabtu lak aku lepak ngan Niza, Pian, Boy, Awes, Man, angah dan Ain kat A-Malik pinjam kereta ayah...Saje je Bosan2...Dalam pukul 3am kami pun balik...Tapi Boy antar aku balik dulu....Baru la hantar dorang yang lain balik...
Ni la pengalaman raye aku tahun ni...Hope korang hepy la ye ngan celoteh aku ni...he3
Saturday, August 27, 2011
Jumaat
Jumaat adalah hari penting dalam hidup seorang Muslim dan ia dipercayai bahawa apa-apa tindakan kebaktian dilakukan pada hari ini mendapatkan anugerah yang lebih tinggi. Hari ini meskipun tidak seharusnya difahami sebagai suatu Sabbath, kerana umat Islam menolak kepercayaan bahawa Tuhan rehat selepas creation. Alasan untuk pilihan hari Jumaat adalah kerana Adam dicipta pada hari itu. Para mukmin menghadiri solat jumaah di masjid tempatan, mendirikan solat dan mendengar ceramah oleh Imam. Apabila cuti tiba, ia adalah menurut kalendar Islam bulan.
Tahun bulan tidak sama dengan tahun suria. Oleh itu, bulan-bulan Islam precess setiap tahun; mereka berubah relatif ke kalendar Gregory sekira-kiranya 11 hari.
Hari Jumaat dikenali sebagai “Yowm ul-Jumuah” yang bermakna “hari berkumpul”. Ini adalah hari yang umat Islam berkumpul.