Assalamuailaikum sahabat2ku...
Hari ni aku just nk story pasal aku ngan Boy je..Dh dpt bonus la katekn...Ape lg,aku ngan Boy shoping la coz dh lame aku ngan Boy x beli barang2 untk kami..Ala,duit kawen kami ade gk smpan..Dun wory k?? Byk tpt kami g..Downtown, Uptown, Klcc, & Pavilion...Sume kami g msti ade beli..Alhamdulilah brang yg akmi beli x der mahal mne pun..he3
K la,ni entry kami kali ni,next time aku update lg k??
Monday, January 31, 2011
Friday, January 14, 2011
KaMu HeDoNiS?
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”(Al-An’am: 32).
Ingin ana berkongsi mengenai budaya Hedonisme.Jujurnya,ana mengetahui mengenai Hedonisme semasa ana melayari website IluvIslam,yang mana pada ketika itu dianjurkan pertandingan Esei mengenai budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat kini.Pada mulanya ana agak bersemangat untuk turut serta,namun niat tersebut terpaksa dilupakan atas faktor-faktor akademik yang lain.Jadi semasa ana 'kemas' pendrive tadi ana terjumpa bahan-bahan rujukan yang berkaitan jadi timbul idea untuk turut berkongsi di sini.
Umumnya,akal remaja ana mebuat konklusi bahawa budaya hedonisme adalah satu budaya menjunjung tinggi hiburan dalam kehidupan seharian sehingga melupakan hakikat diri sebagai hamba.Itu pendapat yang ana mampu simpulkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,hedonisme didefinisikan sebagai pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Cara hidup yang begitu berbeza dengan budaya yang diterapkan agama kita.
Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya menular dalam masyarakat dan semakin teruk.Hasilnya,kita sendiri dapat lihat dan rasai.Negara Islam yang mungkin hanya pada nama.
Naluri manusia memang menginginkan kesenangan dalam hidup.Mahu semua senang tanpa perlu bersusah payah.Itu semua fitrah.Ramai yang menyalahkan agama sendiri atas kesusahan yang dilalui.Agama dianggap terlalu mengongkong dengan peraturan yang mereka anggap menyusahkan.Ini tidak boleh,itu tidak boleh sehingga akhirnya membuat keputusan mengenepikan agama dalam kehidupan seharian.Semuanya semata-mata kerana inginkan kesenangan hdup.Mahu bebas daripada sebarang kongkongan.Firman Allah:
وأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا ءَاتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur`an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,[al-maidah 48]
Kamu tidak akan senang selamanya.Hamba itu perlu diuji untuk mengetahui sejauh mana keimanannya terhadap Allah.
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?[al-ankabut ; 002]
Friday, January 7, 2011
BeBaSkAn DiRi AnDa
Memetik kata-kaya dari Stephen Covey dalam The 7 Habits,"manusia tidak boleh berperanan efektif selagi mana dia seorang yang DEPENDENT.Apa itu dependent? Dependent merupakan terikat atau tertakluk dengan faktor luaran sehingga akhirnya mengongkong diri sendiri.Diri terkongkong dengan perkara-perkara lain sehingga menghalang kemajuan diri sendiri.
Misalnya rakan-rakan,suasana sekeliling,ibu-bapa,adik-beradik.. Ada yang memberikan alasan bahawa dia tidak boleh menjadi baik kerana rakan-rakannya kurang baik dan nakal.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkawan atau bersahabat dengan orang yang jahat hanya kerana perbuatan jahat mereka.Kita dituntut untuk berkasih-sayang dengan semua orang,bukan? Dalam hal ini,kita hendaklah berusaha mempengaruhi mereka untuk berubah,kembali ke pangkal jalan.Andai kita tidak dapat membebaskan diri dari faktor rakan-rakan yang kurang baik,maka kita tidak akan menjadi manusia yang berjaya.Mungkin lambat-laun kita bakal turut terpengaruh.
Bencilah maksiat yang dilakukan,jangan dibenci pelaku maksiat tersebut
Ana masih ingat,semasa masih di bangku sekolah menengah,disebabkan ana merantau jauh dari rumah untuk mencari ilmu,cuti panjang merupakan antara perkara yang paling seronok.Cuti adalah cuti,tidak ada istilah buku teks di rumah.Tapi,apabila ana berada di tahun-tahun peperiksaan penting,semuanya seperti tidak kena. Timbul rasa takut untuk balik ke rumah kerana bimbang tidak mengulangkaji pelajaran.Kerana apa? Ana masih belum mampu untuk membebaskan diri dari beranggapan suasana di rumah adalah tidak kondusif untuk belajar(dipengaruhi hiburan).Jadi ana terpaksa berusaha menggunakan waktu di sekolah dengan sebaik-baiknya(tak jugak).
Menjadi manusia INDEPENDENT.
Bebaskan diri kamu..Tapi ingat,kadang-kadang kebebasan itu membawa kepada kemusnahan.Analoginya mudah.Seekor ikan kecil yang dipelihara di dalam akuarium secara berseorangan,apabila dilepaskan kembali ke dalam sungai pasti akan menghadapi kemungkinan untuk dimakan oleh ikan yang lebih besar atau pemangsa yang lain.
Jadi kebebasan diri memerlukan tempat memegang untuk memegang dan dipegang.Kebebasan diri kita mesti dipimpin.Kalimah لا إله إلا الله mesti diletakkan di tempat yang tertinggi.Dalam kebebasan,kita mestilah bijak membezakan antara tuntutan dan pilihan.
Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat?[Al-Furqan 25: 43]Jangan tertewas dengan hawa nafsu.Sesungguhnya hanya Allah yang menjadi keutamaan dalam hidup kita.
Selamat membebaskan diri anda.
Wednesday, January 5, 2011
MaLaYsIa GaRaNg!!!!!!
Wah,Malaysia menang!!!!
Alhamdulilah Malaysia menang walaupun sudah 14 thun menanti...Walaupun aku agak lmbt post benda ni tp bg aku cm fresh lg..he3..Sempena Malaysia Menang,PM kite bg public holiday mse 31.12.2010..he..Ni aku petik sket dr Metro hope korg puas hati...
HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
“Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik.
“Indonesia pula bangkit dengan semakin yakin terutamanya dengan kelincahan pemain sayap, Oktovianus Maniani yang banyak mengancam pertahanan Malaysia,” kata ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal selepas perlawanan itu.
Tambah jurulatih berusia 54 tahun itu beliau terus memberikan arahan kepada pemain supaya bermain agresif pada separuh masa kedua kerana sedar saingan final kedua di di Jakarta, Rabu ini, sangat sukar dan ini adalah peluang terbaik untuk mencari gol.
“Usaha pemain menekan pertahanan lawan akhirnya berhasil apabila Indonesia mula melakukan kesilapan dan kita melalui jaringan pembukaan Mohd Safee Sali dan seterusnya dua lagi gol selepas itu.
“Saya sendiri tidak menyangka akan mencatatkan kemenangan 3-0 namun sejak awal saya bersikap optimis kerana Indonesia pertama kali beraksi di luar republik itu sepanjang kejohanan ini berlangsung,” tambahnya.
Mengenai perlawanan akhir kedua di Jakarta, Rajagobal menjelaskan beliau tidak akan menggunakan corak permainan bertahan saja.
“Ketika kita menentang Vietnam di Hanoi, walaupun bertahan kami tetap mempunyai beberapa peluang pada separuh masa kedua namun gagal menjaringkan gol,” katanya.
Malaysia yang layak ke final selepas 14 tahun nyata berada dikelas tersendiri apabila beraksi lebih baik pada separuh masa kedua diiringi sokongan kira-kira 70,000 penyokong tempatan di Stadium Nasional.
Skrip berbeza dipamerkan oleh anak didik Rajagobal bermula separuh masa kedua dengan lebih banyak mengawal permainan dan saat yang ditunggu oleh jutaan rakyat Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-62 apabila Mohd Safee menewaskan penjaga gol lawan, Markus Harison Rihihina dengan rembatan leret di dalam kotak penalti.
Bola berpunca gerakan licik Norshahrul Idlan Talaha yang menewaskan pemain pertahanan Indonesia, Maman Abdurachman disebelah kiri gol lawan sebelum membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan dengan yakin menolak kepada Mohd Safee yang sedia menunggu.
Pemain gantian, Mohd Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal di bahagian sayap kiri menambah derita Sang Garuda apabila rembatan kencang menewaskan Markus pada minit ke-67.
Belum pun Markus kembali tenang, Mohd Safee sekali lagi mempamerkan ketajamannya apabila tandukannya menewaskan penjaga gol veteran itu sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol mengatasi Cristian Gonzales yang menjaringkan tiga gol.
Malaysia pada separuh masa pertama dilihat gugup apabila memberikan lebih banyak ruang kepada lawan untuk bergerak dengan kapten Indonesia, Firman Utina lebih banyak menguasai barisan tengah untuk merencanakan jentera serangan Sang Garuda yang diketuai oleh Cristian.
Kemenangan ini membolehkan Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada Rabu depan.
sumber : myMetro

Subscribe to:
Posts (Atom)