Assalamuailaikum sahabatku semua...Semuga sihat selalu...Alhamdulilah...
Korang pernah dengar tak ayat sebagai tajuk aku tu?? mesti korang rase familiar kan?? maklum la zaman IT makin canggih semakin dekat kiamat tu nak datang..
Ape yang aku nak story ni bukan niat nak mengaibkan sesiape tapi jadikan lah pengajarn...
suatu masa dulu, ada seorang sahabat aku datang jumpe aku..Buat pengetahuan korang.kawan aku ni agak sosial juga..Die katakan padaku yang die telah dipukul oleh bapanya dengan sebatang kayu..Astaghfirullahalazim..Tergamak ayah kau pukul kau sampai macam tu?? Tapi aku berpikir balik, mungkin kawan aku ada buat kesalahan yang besar sampai bapanya bertindak begitu..Akhirnya dia ceritakan kepada aku...
Kawan aku ni ada boyfriend(aku tak pernah jumpe) yang berumur tue sedikit dari die...Dorang ni dah lama kapel..Mungkin dalam 3-4 tahun...Kawan aku cerita, mase mula2 Couple Bf die ajak buat 'ringan2'..mule2 kawan aku tak nak sebab salah di sisi agama dan die takut ayah die mara...Disebabkan kawan aku tu tak tunaikan permintaan bf die,bf die cakap "kalau macam tu baik tak payah couple..Ape gune couple tapi tak boleh buat ****".. Disebabkan sayangkan bf die kawan aku ni buat la apa yang bf die nak..Sampaikan yang 'berat2 ' pun dorang buat...Ya Allah punya la terkejut aku...dalam dorang couple 3-4tahun tu,dah banyak kali mereka buat...Hotel pun selalu singgah...Bercuti dengan kawan2 jangan cakap lah..Dekat rumah sendiri pun mereka berani buat...Ayah kawan aku seorang pegawai polis(tak payah la aku sebut di mana)...
So,nak dijadikan cerita,mase kawan aku pergi kerja,ayah die mengemas bilik kawan aku ni(die tak ade mak)..semase tengah mengemas ayah die terjumpe kondom dekat dalam laci..Banyak sangat sampaikan kondom yang dah pakai pun die stil simpan...Die balik je kerja tanpa dapat cakap apa2 teros bapa die pukul dia sampai separuh nyawa...Alhamdulillah nasib baik abang die dapat meredakan bapa die...Abang die pula jenis yang pendiam macam arwah mak die...
kemudian,dalam beberape hari kemudian die datang jumpe aku lagi..Kalu korang nak tau sejak kes tu die memberontak ndengan ayah die...sekarang ni die stil teroskan aktiviti die dengan bf die dan bapa die dah tak tau nak cakap ape..Aku ade juga nasihatkan die tapi sebagai Hamba Allah aku hanye mampu menasihati...Die kate kat aku kalau die tak nak buat Sex bf die nak tinggalkan die...Nampak sangat manusia sekarang berfikiran cetek...Sayangkan pasangan daripada agama sendiri...
Satu hari, kawan aku tu mengandung..Die agak terkejut juga sebab selame ni okey je tak ade masalah..Teros die datang jum pe aku mengadu masalah ni..Aku pun agak terkejut juga tapi ape yang mampu aku lakukan? hanye nasihat dan saranan aku mampu berikan padanya..Die ade ajak bf die kahwin tpi bf die cakap die belum bersedia lagi nak sampai tahap tu walhal mereka dah couple 3-4 tahun..Aku just nasihatkan jangan bertindak bodoh...Dalam beberapa hari kawan aku tu asyik menangis kerana bf die...Nak cerita pada bapanye takut dipukul lagi..Kini baru die sedar betape bodohnye diri die serahkan maruah dengan senang...Akhirnya diri sendri yang menanggung masalah itu..
sekarang pun budak2 sekolah rendah pun dah mule berkapel...Kalau tak ada didikan yang cukup dari ibu bapa dan orang sekililing,mereka boleh terjerumus ke lembah maksiat...Aku dengar pun sekarang yang popular video klip lucah budak2 sekolah...Ya Allah ape nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni...
ikotkan kawan2 aku banyak yang macam tu...Yang aku paling terkejot belom declare couple dh tido katil yang same...Dulu lak ade adik angkat Boy(girl) cakap kat Boy "abg,kalau couple memamg kena buat ringan2 ke?? sebab pakwe saya yang cakap macam tu".. Aik??? Mane dapat ayat tu?? langsung tak takut dosa..
Couple dan Berpasangan, Sebuah Pandangan Dari Sudut NLP
Kebelakangan ini, ramai benar yang memperkatakan dan membahaskan soal 'couple' ini. haramkah?, bolehkah?, haruskah? makruhkah? Begitu banyaknya diperbincangkan diblog-blog, malah dimeja-meja kedai mamak berintenet pun ada kudengar. Dan kalau di thread-thread forum, isu inilah yang amat popular dan mencecah rating-rating tertinggi dari segi yang membaca dan memberi komen. Rating yang tinggi ini menunjukkan bahawa betapa ramainya anggota masyarakat memberikan perhatian kepada perkara yang berhubungan dengan 'perhubungan lain gender' atau secara mudahnya 'CINTA' kerana merasakan keperluannya.
Hingga ramai yang tercari-cari 'formula' yang betul untuk ber'couple' ini supaya tidak mengundang dosa. Dalam diam langit dan bumi mentertawakan kita kerana cuba melakukan 'matlamat menghalalkan cara' dengan tindakan manusia mencari formula dan solusi tentang persoalan 'couple' ini.
Apakah maksud couple dari segi pengertian bahasa? Mengikut Kamus Inggeris, makna couple ialah:
1. Two items of the same kind; a pair. (sepasang / berpasangan)
2. Something that joins or connects two things together; a link.
3. (used with a sing. or pl. verb)
1. Two people united, as by marriage.
2. Two people together. (penyatuan dua manusia)
4. Informal. A few; several: a couple of days.
5. Physics. A pair of forces of equal magnitude acting in parallel but opposite directions, capable of causing rotation but not translation.
Maka dari segi bahasa, ianya lebih mudah difahami sebagai 'pasangan' dan, di dalam konteks hubungan manusia, ianya lebih tepat jika dimengertikan dengan maksud, penyatuan dua orang manusia. Pasangan ini tidak hanya melibatkan penyatuan dua jenis gender berlainan. Ia juga boleh dikategorikan diantara 2 orang gender yang sama, umpamanya 'Pasangan Regu Badminton' dan lain-lain. Akan tetapi , pada ketika ini, saya hanya ingin memberikan perbincangan yang khusus didalam Perhubungan Antara Dua Gender yang Berbeza iaitu Lelaki + Perempuan.
Setiap manusia memerlukan pasangan mereka masing-masing. 'Soulmate' bak kata orang barat. Pasangan yang harmoni atau secocok adalah impian setiap manusia. Manusia tidak akan mampu untuk hidup bersendirian dengan tenang. "There's No 'One Man's Island'.
Hawa diciptakan Allah sebagai pasangan untuk Adam yang mana dinyatakan Adam merasa sunyi dan melihat didalam syurga makhluk-makhluk yang berpasang-pasangan seperti burung dan lain-lain.
Mengapakah perasaan dan keinginan untuk memiliki 'pasangan' ini wujud? Perasaan ini adalah perasaan normal yg memang dibekalkan kepada semua insan oleh Allah SWT. sepertimana firmanNya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21)
Dan Kami (Allah) jadikan kamu berpasang-pasangan. (An-Naba:8)
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat: 49)Maka, setiap insan ingin disayangi dan menyayangi, memberi perhatian dan diberi perhatian. Ianya adalah 'biological and spiritual needs'. Bila tiba masanya, (tahap baligh) perasaan ini akan terbit dari hati setiap insan.
Keinginan Berpasangan ini pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti menyukai, berahi, menyayangi, menyanjungi, merindui dan lain-lain lagi yang mana semuanya berada dibawah satu banner yang sama yang digelar 'CINTA'.
Semua kategori yang disebutkan tadi, semuanya adalah bersih, suci dan murni, termasuk nafsu berahi dan syahwat. Ianya adalah anugerah Allah sebagai salah satu nikmat syurga yang didekatkanNya untuk para hambaNya didunia ini. Allah adalah Creator and Designer of Love.
Kita telah mempelajari bahawa setiap anugerah itu wajib disyukuri dan dihargai dan dira'ikan sepenuhnya. Maka, untuk mera'ikan perasaan yang dianugerahkan didalam bentuk 'Keinginan Berpasangan' ini, Allah telah memberikan cara yang diredhainya iaitu: NIKAH
Ingin mera'ikan keinginan menyayangi lawan gender, berahikan lawan gender, ingin membelai dan dibelai oleh lawan gender, ingin menonton wayang tetapi ingin ditemani oleh lawan gender, ingin berbual dengan penuh pujuk rayu dan gurau senda dengan lawan gender dan pelbagai lagi, semuanya diberikan cara yang diredhai oleh Allah untuk mera'ikannya iaitu dengan: NIKAH
Selain itu, tujuan utama nikah juga adalah dengan tujuan akan memperkembangkan lagi zuriat manusia yang diharapkan akan terus menjadikan Islam sebagai 'addin' (cara hidup) dan generasi yang mengEsakan Allah SWT.
Maka, berpasangan itu sangat perlu dan sangat-sangat dibenarkan oleh Allah. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri menggalakkan umatnya untuk berpasangan ini seperti sabda Baginda:
“ Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku”(Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)
Apa yang salah dan tidak dibenarkan ialah, mengadakan hubungan umpama suami isteri diluar ikatan pernikahan. Dalam ertikata yang mudah, mempunyai teman lelaki, teman wanita, boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, marka dan sebagainya. Istilah yang tepat ialah Berpacaran.
So, korang semua ingatlah la,berzina itu adalah dosa yang amat besar...Tak ada yang kekal di dunia ini melainkan Allah S.W.T...Entah esok entah lusa nyawa kita akak hilang...